Diabetes adalah penyakit
kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat
menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara
berikut:
·
Penjagaan pemakanan dan
berat badan
·
Kerap bersenam
·
Pengubatan
·
Pemakanan pesakit diabetes
seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.
Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :
·
Bila hendak
mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil?
·
Jenis rawatan yang
diterima?
·
Dimana hendak mendapat
ubat?
ANTARA GEJALA DIABETES :