Wednesday, March 23, 2011

Saat Menanti Hari Pernikahan Sepepupuku

Assalamualaikum...

dah agak lama tak mencoretkan pape...
pada 18-march.2011
aku dipelawa untukmengikuti sepupuku untuk pergi ke malis pernikahan abangnya,,, aku dengan dia tidak lah berapa nak rapat. sebab dia dulu sombong dengan aku. yelah siapalah aku ni, paras rupa ku pun sederhananya. payah lelaki nak pandang. Aku pun follow je lah dia.. aku naik dari KTM seremban dan terus ke Kajang. Aku tunggu kat Kajang punya lah lama.. penat aku tunggu.. Tungu.. punya tunggu... dia pun sampai.. then kami terus gerak.. naik KTM pergi Mid ViLy.

19.march 2011
Pagi yang indah. selepas siapkan segala barangan hantaran. Pagi2 lagi dah bangun. untuk gerak ke rumah pengantin perempuan..



selepas balik dari hantar orang nikah. penat2 siap2 nak g i-city pulak..


ni lah sepupu aku.. bakal suami aku agaknya.. bhahahah... perasannya aku


hmm.. agak penat berjalan bila dah sampai kei-city.. penat tak hilang

Sunday, March 6, 2011

KESEDARAN

Assalamulaikum... dan salam sejahtera..


Dah lama xku coretkan apa2 di dalam blog ini..
hmm.. hari ini, tetiba rasa hati aku tersentuh sangat bila aku membuka kitab suci Al-quran Nur Karim... tertiba air mataku menitis lalu mengalir.. mengenagkan nasib diriku ini.. semua ini hadir dengan ketentuan Ilahi.. Dimana kita berada sudah tentu diberi ujian dan dugaan. Cuma cara dan keadaan yang menentukannya. Hanya yang Maha Esa kita patut mohon pertolongan supaya kita mampu menghadapi masalah itu..


Teringat semasa malam Forum "Penghayatan Islam" kenapa orang beragama lain berebut2 ingin memeluk agama Islam?? Sedangkan kita yang dilahirkan sudah beragama Islam.. tapi ada juga yang ingin keluar dari agama yang suci ini.. Kenapa itu semua terjadi?? Dimana letaknya iman kita??


Perlu ke semua itu berlaku dalam kehidupan kita?? Ahli keluarga kita?? dalam situasi begini telah bnayak berlaku. cuba anda lihat disekeliling kitasendiri, sedara- mara kita, sahabat andai kita.. kenapa perlu wujudnya hipokrit?? 


Saya amat sedih apabila melihat sedara mara saya boleh berubah. Adakah ia merupakan ' untuk tidak ketinggalan dizaman moden?' Dulunya bertutup, bertudung. tapi kenapa sekarang terbuka semuanya?? Apa motif mereka?? Mahu tunjukan apa?? Umur mahin hari makin meningkat.. tergamak ke untuk melihat dosa2 semakin hari semakin bertambah.. MasyaAllah.. diri ini Hanya mampu berdoa agar mereka semua mendapat hidayah supaya Ingat pada Allah.. InsyaAllah...

Sunday, February 27, 2011

Aku Dalam Kesedihan

assalamualaikum...
hari ini aku terasa sedih yang teramat sangat.. tak tahu lah kenapa.. dengan apa yang dah berlaku hari ni.. masa pas habis sukan kamsis aku pergi jumpa kawan aku.. aku mana la pernah jumpa lelaki kat poli nie. tetiba datang jumpa.. segan lah aku..


sedih bila aku dalam kesusahan tiada pun yang nak faham aku.. time ko susah.. ko mintak pe je kataku aku bg..
tapi ko.. dah r pinjam hak aku xreti nak pulang..
banyak cekadak lak 2..
kalau aku jumpa.. memang kene r..
aku akan ingatpe y ko buat kat aku..
dah r xsedar di untung....!!!!!!!!

Thursday, February 24, 2011

MALAM BERSAMA KEKAWAN


Bersama teman2 melepak dan megeratkan lagi ukwah.. terdiri daripada 30 orang.. Kami merupaka 1 keluarga yang saling sayang menyayangi... Tempat mengadu kasih, berkongsi maslah dan sebagainya.. saya amat menyayangi sahabat2 ku.. Ku doakan agar sahabat2ku turut berjaya dan akan capai impian yang diimpikan.. INsyaAllah...
Kehidupan ini ibarat roda....
Kekadang berada di bawah.. kekadang berada di atas..


bukan semua yang kita impikan akan tercapai... tetapi kita perlu berinagt dan sentiasa berusaha untuk dapatkan yang terbaik...

Petua Luruskan rambut Yang Kerinting

Perah sebiji kelapa bersama segelas air dan campurkan air limau nipis. Simpan di dalam peti sejuk hingga bahagian atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini untuk menyapu kulit kepala serta seluruh rambut. Balut rambut dengan tuala panas selama satu jam. Bilas hingga bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Selamat mencuba.

Wednesday, February 23, 2011

PENGERTIAN MASALAH REMAJA

Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota
masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan
sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun
negara.
Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan
remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan
seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10
hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan
mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak
menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan
masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di
bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam
persekolahan