Vitamin B berfungsi untuk mengekalkan kelembapan pada kulit. Ia juga dapat menjaga kulit dari kekeringan sekaligus dapat mengurangkan kedutan pada kulit. Pengambilan Vitamin B mampu menghilangkan garis-garis halus pada kulit dan menolong menetapkan "kelenjar thyroid" dengan melicinkan/meratakan serat menegangkan kulit. Ia juga perlu untuk menghilangkan 'stress'. 'Stress' boleh menyebabkan kulit berkedut dan nampak cepat tua.
Vitamin C
Vitamin C amat masyhur untuk kecantikan. Pengambilan Vitamin C secara konsisten mampu untuk membuang toksin dalam badan. Vitamin C juga berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapuskan radikal bebas. Pengurangkan radikal bebas didalam badan kita, memmudahkan Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen. Kolagen amat penting untuk mengukuhkan sel kulit. Kekurangan kolagen akan menyebabkan kerosakan kulit (kering, lembik dan mudah lebam).
Vitamin E
Vitamin E berupaya memberi perlindungan kepada kulit. Ia juga boleh memperlahankan pembentukan tanda penuaan dan degenerasi sel kulit. Ia juga dikenali sebagai bahan yang dapat mempercepat penyembuhan dan pembentukan saluran darah.
Omega Guard
OmegaGuard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal. Penyelidikan menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Pengambilan Omega Guard, boleh mengurangkan kolestrol jahat dalam badan. Hal ini secara tidak lansung memudahkan penyerapan vitamin ke dalam badan.
No comments:
Post a Comment