Friday, October 26, 2012

Info.......KECANTIKAN

PENAMPILAN LEBIH MENARIK
Jenis dan warna kulit perlu dinilai sebelum memilih blusher. Merah Jambu atau warna senada akan menjadikan wajah lebih segar bagi wanita berkulit puteh. Manakala warna seperti coklat muda, oren atau perang sesuai untuk kulit yang sawo matang untuk penampilan yang lebih eksotik

KULIT KEKAL BERSERI
Cuci muka setiap kali bangun tidur supaya bakteria pada kulit dan sisa kosmetik yang masih terlekat dapat dihapuskan. Ketika tidur, kulit tetap bekerja untuk melakukan regenerasi dan membersihkannya dari segala kotoran yang ada. Walaupun sudah mencuci muka di waktu malam hari, sebaiknya ulang lagi selepas 8jam.

GUNA PELEMBAB ANTIOKSIDA
Tidur merupakan waktu terbaik untuk mengembalikan semula kelembapan kulit. caranya pakailah pelembab yang mengandungi antioksoda dan vitamin yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kulit berada pada keadaan yang terbaik pada waktu malam untuk menyerap kandungan aktif yang terdapat pada produk penjagaan kulit.

JERAWAT!! RAWAT SEGERA!
Kehadiran jerawat boleh menjejaskan penampilan. Ia juga secara tidak langsung akan memberi kesan kepada jiwa seperti krisis keyakinan diri dan kemurungan. Jadi, jangan ambil mudah masalah jerawat.Segera bertindak walaupun tidak serius dan jangan angap ia akan pulih dengan sendiri. Ia mungkin akan bertambah teruk jika terus dibiarkan.

No comments:

Post a Comment