PERHUBUNGAN suami
isteri mempunyai kualiti. Perhubungan itu mungkin baik dan intim, ataupun
mungkin buruk dan penuh konflik, ataupun ia berada di antara kedua-dua. Kualiti
perhubungan suami isteri tergambar pada ciri-ciri komunikasi yang berlaku
antara mereka.
Kajian-kajian
psikologi mendapati, seks bukanlah unsur wajib dalam keintiman. Ertinya,
sepasang suami isteri yang banyak melakukan seks belum tentu menikmati hubungan
yang sangat intim. Namun aktiviti seks yang berkualiti dapat meninggikan lagi
keintiman yang sedia ada.
Cara-cara suami
isteri berkomunikasi boleh menggambarkan keintiman dan kepuasan mereka terhadap
satu sama lain dan terhadap perhubungan antara mereka berdua. Antara isi
kandungan komunikasi orang yang puas terhadap diri pasangannya ialah;
1. Dia
banyak memberitahu bahawa dia puas dengan apa yang diterimanya.
''Abang seronok dapat
isteri pandai berjenaka macam Mah''.
''Saya puas dengan
apa yang abang beri.''
2. Dia
banyak mengucapkan penghargaan dan sanjungan terhadap pasangannya.
''Abang ni lawa,
salah-salah macam pakar bedah.''
''Isteri abang ni
cantiklah, kalau ada pengarah filem nampak Mah, mesti dia tawarkan Mah jadi
heroin.''.
Komunikasi orang yang
tidak puas akan menggambarkan perasaan itu. Dia akan berkomunikasi dengan gaya
negatif. Antara isi kandungannya ialah:
1). Dia
banyak merungut-rungut berkenaan sifat-sifat peribadi dan perbuatan
pasangannya.
''Abang ni, balik
saja, terus baca surat khabar. Sikit tak mahu tolong saya buat kerja. Kalau
abang letih, saya pun letih juga. Bukan abang saja kerja. Saya pun kerja
juga.''
''Apa kena awak ni?
Muka macam mak nenek saja bila di rumah?''
2. Dia
banyak mengkritik, menegur dan menasihati pasangannya.
''Sikap abang tu tak
ikut ajaran nabi, tahu? tugas saya sebagai isteri cuma bersolek untuk
menyukakan hati suami. Kerja-kerja rumah tak wajib isteri buat. Sebagai suami,
abang wajib sediakan orang gaji untuk saya. Tak kiralah walau saya duduk rumah,
sebab itu tugas suami.''
''Kenapa awak ikut
perangai buruk mak awak yang suka buli bapa awak? Ingat! Saya ni bukan bapa
awak. jangan cuba buli saya.''
3. Dia
banyak menuduh dan mempersalahkan pasangannya.
''Cuba fikir sendiri,
salah siapa?''
''Awak tak pernah
peduli perasaan saya.''
Bagaimanakah caranya
untuk mengetahui sama ada kita menikmati hubungan suami isteri yang intim?
Keintiman boleh diukur dengan beberapa cara. Salah satu daripada cara itu ialah
dengan melihat kehadiran aspek-aspek berikut di dalam perkahwinan itu:
1.
Menikmati apa yang diharapkan
Di dalam semua
perkahwinan, pihak suami dan pihak isteri mempunyai pengharapan ke atas satu
sama lain dan ke atas perkahwinan mereka. Kepuasan perkahwinan sangat
dipengaruhi oleh sejauh mana suami dan isteri menikmati apa yang mereka
harapkan. Semakin banyak mereka mendapat apa yang diharapkan, semakin tinggi
kepuasan yang mereka nikmati. Semakin kurang mereka mendapat apa yang
diharapkan, semakin mendalam rasa tidak puas hati yang mereka alami.
2. Memahami
hati sanubari
Sepasang suami isteri
berasa intim apabila mereka berasa pasangannya tahu dan faham hati sanubarinya.
Pasangan yang intim banyak berkongsi fikiran, perasaan, keyakinan, fantasi,
angan-angan, minat, tujuan dan latar belakang. Jadi cuba fikirkan sama ada kita
memahami pemikiran pasangan kita. Apabila kita bercakap dengan suami isteri
yang intim, kita seperti bercakap dengan dua orang yang satu kepala. Mereka
banyak bersetuju dan saling sokong-menyokong pendapat masing-masing. Salah satu
faktor yang menyukarkan kita memahami pemikiran dan sanubari orang lain ialah
perbezaan pengetahuan. Sebagai contoh, adalah sukar bagi seseorang yang
berpendidikan sekolah menengah untuk memahami pemikiran seorang yang
berkelulusan Ph.D. Keadaan bertambah sukar bagi si lulusan sekolah menengah
untuk memahami apakah keyakinan-keyakinan, angan-angan dan fantasi si pemegang
Ph.D. Di sinilah letaknya kepentingan seseorang itu supaya rajin membaca
bahan-bahan ilmu sebagai cara mengurangkan jurang pengetahuan yang barangkali
wujud antara dirinya dan pasangannya.
3.
Mengambil berat
Pasangan yang intim
saling mengambil berat berkenaan diri dan perasaan satu sama lain. Ramai suami
isteri menyangka pasangan mereka boleh membaca apa yang ada dalam kepala mereka,
jadi mereka tidak perlu memberitahunya lagi. Sangkaan itu salah. Orang lain
tidak mungkin tahu apa yang ada dalam kepala kita. Ini menyebabkan orang lain
mengagak-agak sahaja apa yang mereka patut buat, atau tidak patut buat untuk
memuaskannya. Akibatnya, apabila agakan itu salah, mereka berasa orang itu
tidak mengambil berat tentang dirinya.
4. Saling
mempercayai
Mereka saling
percaya-mempercayai akan cinta dan kesetiaan masing-masing. Mereka juga saling
harap mengharapkan. Dan mereka mempunyai tekad dan komitmen untuk terus saling
cinta-mencintai hingga akhir hayat. Berdasarkan ciri-ciri itu, jelaslah bukan
semua perkahwinan menikmati keintiman. Malah tidak semua perkahwinan yang kekal
merupakan perkahwinan yang intim.
Orang yang berasa
puas akan mempunyai dorongan dan motivasi untuk meneruskan perhubungan yang ada
dan untuk memupuk lagi perhubungan itu supaya tambah memuaskan kedua-dua belah
pihak. Jadi, rasa puas adalah pendorong paling kuat mengapa orang mahu
mengekalkan hubungan mereka, ataupun mahu mengakhirinya.
Hari ini syazzriena ingin
berkongsi dengan anda semua tentang Vitamin Cinta Shaklee. Jangan ingat ramuan
tradisi sahaja yang boleh kembalikan HANGAT malam pertama anda, vitamin moden
Shaklee pun mampu tau.
Masalah 'dingin' untuk bersama adalah sesuatu yang perlu
ditangani demi kerukunan rumah tangga. Jangan pula ada kaum isteri yang
membiarkan masalah ini tanpa diselesaikan kerana malu dan memandang perkara ini
sebagai remeh dan bukan masalah besar dalam rumah tangga. Antara faktor yang
menyebabkan HUBUNGAN CINTA semakin pudar dan 'dingin' antaranya kerana
kehamilan, kelahiran, perubahan hormon dan stress serta sibuk dengan tugasan
pejabat dan anak-anak. Masalah keputihan juga turut dijadikan alasan dan
mematikan 'mood' suami serta rasa rendah diri untuk tampil menawan bersama
suami.
Jom lakukan sesuatu untuk menyemarakkan lagi hubungan kasih
sayang antara suami dan isteri.
syazzriena membantu anda dengan memperkenalkan Vitamin Cinta ini.
Sesuai untuk suami dan isteri dan sangat membantu hubungan menjadi lebih mesra
dan bersemangat. Jom ketahui dengan lebih lanjut:
Peranan
Kepada Suami
·
Lebih tenaga seksual
·
Ereksi yang lebih lama
·
Libido yang lebih kuat
·
Orgasma yang lebih kerap dan
bersemangat
Peranan
Kepada Isteri
·
Lebih tenaga seksual
·
Lebih mudah terangsang
·
Libido yang lebih kuat
·
Orgasma yang lebih kerap dan
bersemangat
·
Untuk menstabilkan hormon seks
dan kewanitaan terutama bagi ibu yang menyusu dan mempunyai kandungan hormon
prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi
Alfafa
Complex ( dikenali juga sebgai Kacip Fatimah Shaklee )
·
membantu mengurangkan masalah
keputihan
·
mengurangkan masalah 'kering'
ketika bersama
·
memberikan orgasma yang lebih
kerap dan bersemangat
·
membantu detoks dan mengurangkan
masalah sembelit
Lihat testimoni hebat !!
Waaahh gembiranya Mommies Mate untuk Puan X, memang betul alfafa raja segala
tumbuhan ini banyak kelebihannya selain untuk masalah wanita seperti keputihan,
melegakan haid, merapatkan, alfafa juga merupakan MILK BOOSTER hebat
yang membantu ramai ibu-ibu dalam menjayakan dunia penyusuan mereka.