Monday, September 30, 2013

SET KENCING MANIS SHAKLEE


APA ITU KENCING MANIS??

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 SM. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi.
Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellituskemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes Melitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.
Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.
Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah.

CARA UNTUK KAWAL KENCING MANIS

Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:
·         Penjagaan pemakanan dan berat badan
·         Kerap bersenam
·         Pengubatan
·         Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.


Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :
·         Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil?
·         Jenis rawatan yang diterima?
·         Dimana hendak mendapat ubat?

TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT KENCING MANIS

1.                  Haus atau dahaga yang keterlaluan.
2.                  Letih dan lemah otot.
3.                  Berat badan menurun.
4.                  Penglihatan kabur.
5.                  Gatal.
6.                  Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan.
7.                  Luka yang lambat sembuh.
8.                  Kerap kencing.
9.                  Gatal pada kemaluan.
10.              Rasa kebas. 


SIAPA YANG BERISIKO MENDAPATKAN PENYAKIT KENCING MANIS

1.                  Berumur 35 tahun ke atas. Semakin berusia semakin tinggi risiko untuk mendapat diabetes. .
2.                  Berat badan berlebihan atau obesiti.
3.                  Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
4.                  Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
5.                  Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah empat kilogram atau lebih).
6.                  Tekanan darah tinggi.
7.                  Tidak aktif - gaya hidup yang tidak sihat.
8.                  Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat.
9.                  Mempunyai tahap lemak dan kolesterol yang tinggi




PANDUAN PEMAKANAN PENYAKIT KENCING MANIS

1.                  Banyakkan makan sayur dan kurangkan makanan daripada haiwan. 
2.                  Lebihkan pengambilan makanan yang dimasak sendiri dan kurangkan makanan yang diproses. Jauhi makanan segera dan makanan ringan.
3.                  Pilih makanan berlemak secara bijak. Kurangkan pengambilan daging, kulit ayam, minuman tenusu yang berlemak, majerin, makanan bergoreng, makanan ringan dan makanan di pasaran yang dibakar dengan lemak trans.
4.                  Pilih makanan berkarbohidrat secara bijak. Kurangkan pengambilan gula, kurangkan makanan dihasilkan menggunakan tepung putih. Lihat pada label kandungan roti terlebih dulu dan baca kandungan serta pada roti itu. 
5.                  Ambil sekurang-kurangnya tiga cawan susu rendah lemak sehari.
6.                  Ambil makanan berprotein secara sederhana. Amalkan pengambilan ikan dan ayam tanpa kulit. 
7.                  Hadkan pengambilan sodium iaitu kurang daripada 2,300 miligram sehari. Sodium ini terkandung dalam garam dan makanan dalam tin. 
8.                  Ambil makanan kaya potasium contohnya pisang, buah bersitrus, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan makanan tinggi kalsium contohnya susu rendah lemak, brokoli, bayam dan tauhu. 
9.                  Makan banyak bijirin terutamanya bijiran gandum. 
10.              Makan banyak ikan, utamakan cara memasak dengan membakar, panggang atau gril berbanding menggoreng.
11.         Sekiranya anda mengambil daging merah sebagai hidangan, cuba kurangkan kuantitinya. Hindari lemak daging, daging proses dan hati. 
12.           Makan telur secara berhemat. Ambil secara purata tidak lebih daripada sebiji telur kuning sehari termasuk yang digunakan untuk dimasak atau dibuat kek. 
13.      Gunakan minyak sayuran secara sederhana. Utamakan minyak zaitun dan minyak canola. Kurangkan penggunaan minyak sayuran, minyak sawit dan santan.


ADAKAH ANDA INGIN SEPERTI INI??








CADANGAN SET KENCING MANIS DARIPADA RANGKAIAN SHAKLEE

Jom lihat apakah vitamin shaklee yang sesuai untuk pesakit diabetes atau kencing manis...

Jika ada bajet lebih, memang sangat disarankan untuk ambil VIVIX...

Vivix - merupakan supplemen anti-penuaan terbaik di dunia. Juga membantu memelihara kesihatan jantung, otak, sistem imun, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga, kesihatan dan kesejahteraan.


Selain vivix, boleh juga cuba Total Wellness programme shaklee iaitu dengan mengambil SET SUGAR CONTROL. Api yang set ni macam terlalu banyak untuk ditelan pil nya. 

Next, boleh cuba ambil GLA COMPLEX, B COMPLEX dan ZINC sahaja.

GLA COMPLEX
- menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

B COMPLEX - menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

ZINC - membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

Maka apa tunggu lagi, belikanlah untuk ayah bonda yang selama ni menghidap kencing manis dan perlu mengambil insulin setiap masa. Lihatlah perubahannya, inshaAllah.



















No comments:

Post a Comment