APAKAH SINUS ?
Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.
Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.
Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.
Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.
Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.
Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.
Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.
Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.
Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.
Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.
Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan
berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini.
Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung.
APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG
NORMAL
Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit
cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus.
Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi
mengawal kelembapan (humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut
kesesuaian paru-paru manusia.
Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir
keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung.
Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung
terus masuk ke dalam tekak.
Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh
penyakit-penyakit hidung.
Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :
* Sinus maxilla
* Sinus ethmoid
* Sinus frontal
* Sinus sphenoid
APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya
radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.
Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:
* Streptococcus
* Staphylococcus
Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini
sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan
apa-apa penyakit.
Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat
dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh
bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.
GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)
• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara
mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan
sebagainya
KEMUDRATAN RESDUNG (SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat
PUNCA BAKTERIA MEMBIAK
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila
pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:
a. Radangan pada hidung.
Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah
apabila berlakunya:
* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).
Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak.
Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.
b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini
menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)
Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak
dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan
membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.
c. Jangkitan pada gigi geraham atas
Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla.
Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan
keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak
dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses
mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.
d. Genetik
Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang
diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.
KOMPLIKASI
Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh
mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
* Kanak-kanak
Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke
dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata.
Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.
Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta
kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal
mereka masih belum terbentuk.
Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.
Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan
supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak
bertakung lagi.
* Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat
keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah
ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.
Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah
tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti
resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.
Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla
yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu
menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes
seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.
No comments:
Post a Comment